2K Sports hari ini mengumumkan yang demo untuk NBA 2K21 akan tiba pada 24 Ogos ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch beberapa minggu sebelum dilancarkan secara rasmi iaitu pada 4 September 2020.
Selain itu, mereka juga berkongsi beberapa perubahan yang akan tiba melalui NBA 2K21. Antaranya adalah fungsi Pro Stick. Jika sebelum ini pemain boleh menggerakkan RS ke mana-mana arah untuk melakukan ‘Jump Shot’.
Manakala NBA 2K21 berikut adalah pergerakan baharu;
- RS kebawah= Jump Shot
- RS ke kiri atau kanan = melakukan gerakan dribble
- RS ke atas = Size-ups
- Tekan RS = gerakan dribble 1 lwn 1
- Tekan RS ketika lari = gerakan dribble pantas
Dengan kata lain, perubahan ini akan memudahkan pemain untuk melakukan dribble, sesuatu yang menjadi kritikan untuk beberapa siri NBA 2K yang lepas.
NBA 2K21 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Ia juga akan tiba untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X.