Siri G.I. Joe semestinya sangat terkenal sejak ia mula diperkenalkan dari komik, figura aksi sehinggalah siri animasi. Jenama G.I. Joe juga semakin berkembang dengan pelancaran filemnya beberapa tahun lepas yang dibintangi oleh Dwayne “The Rock” Johnson.

Terkini, GameMill Entertainment mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan berdasarkan siri G.I. Joe iaitu G.I. Joe: Operation Blackout ke konsol dan PC.

Semestinya ini bukan kali pertama siri G.I. Joe diadaptasikan sebagai satu permainan video. Meskipun begitu, menurut GameMill Entertainment, permainan ini akan memfokuskan 12 watak terkenal daripada siri tersebut seperti Duke, Snake Eyes, Cobra Commander dan sebagainya. Menariknya, setiap watak tersebut akan mempunyai kemahirannya tersendiri.

Dari segi bentuk permainan pula, ia akan memfokuskan bentuk penembak pandang ketiga dengan mod solo dan juga mod multi-pemain. Dengan lebih dari 18 misi kempen, permainan ini juga akan menyertakan penceritaannya tersendiri dengan elemen seakan komik asal daripada tahun 1980an.

Bagi anda yang berminat, G.I. Joe: Operation Blackout akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 13 Oktober 2020 ini.

Sohor Kini