Seperti yang dijanjikan oleh Behaviour Interactive sebelum ini, permainan Dead By Daylight kini akhirnya menerima fungsi rentas platform secara rasmi.

Melalui kemaskini ini, pemain di konsol sama ada di PlayStation 4, Xbox One dan Switch, pemain kini boleh bermain terus secara atas-talian bersama-sama pemain PC tanpa sebarang sekatan. Menariknya, pemain juga boleh menyenaraikan nama kawan melalui fungsi rentas-kawan yang mana turut tiba di bersama kemaskini ini.

Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini