Selain menawarkan A Total War Saga: Troy secara percuma untuk 24 jam, Epic Games Store juga menawarkan dua permainan percuma sebagai tawaran mingguan mereka. Permainan yang ditawarkan adalah Remnat: From the Ashes dan The Alto Collection.
Remnant: From the Ashes adalah permainan aksi pengembaraan, dibangunkan oleh Gunfire Games dan diterbitkan oleh Perfect World Entertainment. Ia boleh dikatakan sebagai pemrainan Dark Soul yang mempunyai senjata api.
The Alto Collection pula adalah permainan side-scroller yang meletakkan pemain untuk meluncur melalui pelbagai kawasan. Ia dibangunkan oleh Team Alto dan diterbitkan oleh Snowman.
Kedua-dua permainan ini boleh ditebus secara percuma sehingga 20 Ogos sebelum digantikan dengan Enter the Gungeon dan God’s Trigger.
[download]Epic Games Store: Remnant: From the Ashes[/download] [download]Epic Games Store: The Alto Collection[/download]