AMC dan Survios hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu lagi permainan realiti-maya berdasarkan siri The Walking Dead iaitu The Walking Dead Onslaught.
Menurut kenyataan rasmi pembangun, permainan tersebut akan tiba pada 29 September 2020 ini di PlayStation VR melalui konsol PlayStation 4. Selain itu bagi versi PC pula ia akan tiba di Oculus Rift dan Steam VR. Menariknya bagi versi PlayStation 4, Survios mengesahkan permainan ini akan boleh dimainkan di PlayStation 5.
The Walking Dead Onslaught merupakan permainan realiti-maya zombi berdasarkan siri TV AMC, The Walking Dead di mana ia akan dilancarkan sebelum musim ke-10 siri tersebut menjelang Oktober ini.
Permainan ini akan bertempatkan sebelum peperangan Savior War di Alexandria dan pemain akan bermain sebagai Daryl Dixon, Rick, Michonne dan sebagainya untuk meneruskan hidup di dalam dunia pasca-apokaliptik itu. Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan bentuk pernaik-tarafan senjata dan keupayaan pemain untuk mengumpul bahan dan barangan untuk meningkatkan komuniti pemain.
Bagi anda yang berminat, pastikan anda dapatkan permainan ini menjelang bulan hadapan.