Fall Guys Untuk Steam Menerima Kostum Scout Dari Team Fortress 2

Mediatonic hari ini mengumumkan yang Fall Guys untuk Steam akan menerima kostum Scout iaitu salah seorang watak daripada permainan Team Fortress.

Ia akan disertakan melalui kemaskini yang akan tiba hari ini. Berdasarkan tweet, kostum tersebut hanya boleh ditebus menggunakan mahkota yang diperoleh dengan memenangi sesi permainan.

Ini merupakan kostum kedua yang disertakan secara eksklusif untuk versi Steam, di mana ia menerima kostum Gordon Freeman dari Half Life yang diberikan secara percuma.

Fall Guys Ultimate Knockout sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.

Sohor Kini