Google Malaysia dengan kerjasama bersama dengan Astro, Media Prima, Muse Malaysia dan Web TV Asia akan menganjurkan satu acara khas bersempena bulan kemerdekaan Malaysia iaitu YouTube Super Stream, di mana mereka akan strim pelbagai kandungan tanpa henti melalui channel Youtube Google Malaysia.

Berikut adalah antara program yang akan tiba semasa acara ini;

  • Anime bersama dengan Muse Malaysia
    • 14 Ogos, 6pm – Penstriman tanpa henti untuk anime Bofuri, Hyoukal dan One Punch Man
    • 15 Ogos – 1 September, Setiap Hari 9pm – Episod baharu untuk The God of High School, One Punch Man dan That Time I Got Reincarnated as a Slime.
  • Drama bersama Drama Sangat
    • 17 Ogos – 23 Ogos – Penstriman 24 jam untuk drama-drama terbaru oleh Media Prima
  • Nostalgia Komedi bersama TV9
    • Penstriman 24 jam untuk kesmeua episod Senario
  • Maraton Filem bersama WebTVAsia
    • 29 Ogos – 31 Ogos – Penstriman 72 jam filem
    • 31 Ogos – 16 September – Penstriman 50 filem termasuk juga Puteri Gunung Ledang, Vedigundu Pasangge dan Nasi Lemak 2.0
  • Gaya Hidup Gempak bersama Astro Gempak
    • 1 September – 14 September – penstriman drama, komedi dan juga pertandingan bakat

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi YouTube SuperStream.

Sohor Kini