Konsol Playdate Mula Menerima Permainan Termasuk Juga DOOM

Pada akhir tahun lepas, Panic Inc telah mengatakan yang mereka akan mula menjual versi awal untuk konsol tersebut kepada pembangun agar mereka dapat mula membangun permainan untuknya.

Hari ini, melalui Twitter mereka mula berkongsi permainan-permainan yang sudah dibangunkan untuk Playdate termasuk juga permainan yang mengguna-pakai segala fungsi yang hadir seperti engkol. Antara permainan adalah Doom. Bebenang penuh anda boleh layari pautan ini.

Buat masa ini, Playdate masih disasarkan akan tiba pada tahun ini, di mana mereka mengumumkan yang kemaskini lanjut termasuk juga sesi pra-tempah akan diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Playdate adalah konsol oleh Panic Inc yang dipasang di Malaysia.

Sohor Kini