Skip to main content

Rockstar hari ini akhirnya melancarkan kemaskini untuk GTA Online iaitu Los Santso Summer Special yang menyertakan pelbagai kandungan bertemakan musim panas. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Antara penambahan yang disertakan adalah 15 kereta baharu seperti Lampadati Tigon, Invetero Coquette D10, Declasse DR1 dan Vapid Peyote Custom.

Manakala bagi pemain yang memiliki Galaxy Superyacht, anda boleh menganjurkan 6 misi koperasi baharu melalui kapal tersebut. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun bersama rakan.

Perlumbaan Open Wheel pula menerima 9 litar dan 2 kereta lumba baharu. Terdapat juga pelbagai peningkatan kualiti permainan seperti pemain boleh menukar tayar semasa di dalam pit serta kerosakan pada tayar dan badan kereta kini boleh dilihat dengan mudah.

Terdapat pelbagai lagi penambahan lain yang anda boleh bacanya melalui pautan ini, ataupun memasuki permainan tersebut di mana pada minggu ini terdapat ganjaran tambahan untuk pemain.

GTA Online hadir bersama dengan GTA V yang sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga akan tiba untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Leave a Reply