Atlus hari ini mengumumkan yang Dante iaitu watak popular dari siri Devil May Cry akan tiba sebagai watak DLC untuk Shin Megami Tensei III: Nocturne HD Remaster melalui satu video yang boleh ditonton di bawah.
Dante sebelum ini sudah disertakan di dalam permainan asal Shin Megami Tensei III melalui versi Maniax, tetapi apabila mereka mengeluarkan versi ketiga untuk permainan tersebut iaitu Maniax Chronicle, watak Dante ditukar dengan watak Kuzunoha Raidou.
Manakala versi penambah-baikkan ini menggunakan Maniax Chronicle sebagai asas, oleh itu DLC ini membolehkan pemain untuk menukar kembali watak Raidou kepada watak Dante. DLC ini dijual dengan harga 980 Yen (~RM38).
Shin Megami Tensei III: Nocturne HD Remaster akan tiba untuk PlayStation 4 dan Switch pada Oktober ini di Jepun sebelum turut tiba secara global pada tahun hadapan.