Seperti diumumkan sebelum ini, Apex Legends akan menyertakan watak baharu apabila musim ke-6 bermula pada minggu hadapan. Watak tersebut adalah Rampart. Hari ini, Respawn Entertainment berkongsi pula video penceritaan animasi untuk watak tersebut.

Melaluinya, diperlihatkan serba sedikit kemahiran yang boleh digunakan di dalam Apex Legends antaranya adalah menghasilkan perisai dan menggunakan senjata Turret.

Apex Legends boleh dimainkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC secara percuma.

Sohor Kini