Skip to main content

Seperti yang tertiris semalam, Naughty Dog akhirnya berkongsi secara rasmi kemaskini Grounded yang akan tiba untuk permainan The Last of Us Part II. Melaluinya, tahap kesukaran Grounded seperti yang hadir untuk The Last of Us Remastered akan kembali untuk memberi lebih cabaran kepada pemain.

Manakala mod permadeath pula pemain boleh memilih untuk bermain permadeath keseluruhan permainan, di mana apabila anda mati, perlu kembali ke permulaan permainan ataupun permadeath berdasarkan ‘chapter’ atau ‘act’.;

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan pelbagai perubahan untuk grafik, audio dan juga bentuk permainan. Terdapat lebih 20 perubahan yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menghabiskan permainan ini sekali. Antaranya adalah menjadikan grafik dan juga audio kepada 8-bit.

Kemaskini Grounded ini, ataupun 1.05 akan tiba 13 Ogos ini. Video pengumuman untuknya boleh ditonton di bawah.

The Last of Us Part II sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4. Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini.

Leave a Reply