Astragon Entertainment and Stillalive Studios hari ini mengumumkan yang permainan terbaru untuk siri Bus Simulator mereka iaitu Bus Simulator 21 akan dikeluarkan pada tahun 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Buat masa ini mereka masih peringkat awal perancangan untuk versi PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Melalui permainan baharu ini, mereka buat pertama kali akan memperkenalkan bas bertingkat dan bas elektrik. Selain itu mereka juga akan menyertakan kawasan baharu iaitu Angel Shores yang mengambil inspirasi daripada kawasan teluk di bandar San Francisco.

Sohor Kini