Mediatonic hari ini mengumumkan kemaskini seterusnya untuk Fall Guys akan menyertakan peringkat baharu di dalam kitaran iaitu Jump Showdown. Iaitu peringkat yang disertakan semasa sesi beta tetapi tidak dilancarkan bersama kerana ada masalah pepijat.

https://twitter.com/FallGuysGame/status/1293208481848270851

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan pelbagai pepijat yang hadir sebelum ini dan juga mengurangkan kebarangkalian untuk Royal Fumble menjadi peringkat terakhir.

Bagi masalah penipuan pula, mereka mengatakan sudah menyertakan sistem untuk mengesannya dengan lebih baik dan telah mengurangkan pemain yang menipu.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Ia juga ditawarkan sebagai sebahagian permainan percuma PS Plus untuk bulan ini.

Sohor Kini