The Dark Pictures: Little Hope merupakan permainan seterusnya untuk antologi siri permainan seram oleh Supermassive Games dan Bandai Namco di mana kali ini ia memfokuskan perkampungan kecil Little Hope.

Dengan pelancarannya yang semakin hampir, hari ini Bandai Namco berkongsi satu video khas yang mana mereka menemubual Will Poulter, di mana beliau memainkan salah satu daripada watak di dalam permainan tersebut.

Melalui video tersebut, Will Poulter berkongsi bagaimana ini adalah kali pertama beliau terlibat dengan rakaman pergerakan di dalam permainan video dan menariknya, permainan ini juga mempunyai pelbagai cabaran seperti penceritaan yang bercabang.

Berdasarkan tajuk video tersebut, kami percaya Bandai Namco akan melancarkan lagi beberapa video temu bual lain dalam masa terdekat ini dengan pelbagai watak-watak yang berlakon di dalam permainan ini.

The Dark Pictures: Little Hope akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 30 Oktober 2020 ini.

Sohor Kini