Cornfox & Bros hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Oceanhorn 2: Knights Of The Lost Realm di konsol Switch sekitar tahun ini.

Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di peranti iOS melalui langganan Apple Arcade di mana ia merupakan sekuel kepada Oceanhorn: Monster Of Uncharted Seas yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

Oceanhorn 2: Knights Of The Lost Realm merupakan permainan aksi pengembaraan yang sering diperkatakan seakan permainan siri The Legend Of Zelda di mana ia memfokuskan pengembaraan dunia yang meluas dengan pertarungan secara 3 dimensi menggunakan pedang.

Menariknya, melalui permainan ini, pemain juga berupaya untuk mengembara di dalam pelbagai kawasan yang meluas dengan melakukan pelbagai misi yang tersedia. Permainan ini juga menyertakan pelbagai musuh yang menarik untuk pemain tumpaskan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini di konsol Switch sekitar tahun ini. Manakala versi permua ia sudah pun tiba di peranti iOS melalui langganan Apple Arcade.

Sohor Kini