Dirt 5 Ditunda Seminggu – Akan Tiba 16 Oktober Ini

Codemasters hari ini mengumumkan yang mana permainan perlumbaan Dirt 5 yang akan dilancarkan Oktober ini, akan ditunda seminggu di mana ia kini akan tiba pada 16 Oktober 2020 ini. Dari segi platform, ia disahkan akan tiba di PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Permainan tersebut asalnya akan tiba pada 9 Oktober ini dan berdasarkan kenyataan mereka di Twitter, mereka tidak berkongsi mengapa sebab permainan tersebut ditunda.

Meskipun begitu, Codemasters menyatakan yang mana bagi mereka yang mempunyai pra-tempahan edisi Amplified, mereka berpeluang untuk bermain permainan ini 3 hari lebih awal. Tambahan itu, versi konsol generasi seterusnya di PlayStation 5 dan Xbox Series juga disahkan akan tiba bersama penaik-tarafan secara percuma.

Sohor Kini