Filem SpongeBob yang baru masih lagi belum ditayangkan. Ia akan tiba ke pawagam dan kemudian akan memasuki platform penstriman seperti Netflix dan juga platform CBS All Access. Terkini, Nickelodeon mengembangkan lagi dunia SpongeBob melalui siri animasi baharu. The Patrick Star Show adalah siri tersebut, yang mana jelas sekali dari judulnya – ia memfokuskan watak Patrick itu sendiri.

Siri animasi ini akan menceritakan latar belakang Patrick dan juga keluarga beliau. Ia mempunyai 13 episod dan Bill Fagerbakke kekal sebagai pelakon suara Patrick. Siri ini adalah seakan rancangan realiti, yang mana Patrick adalah hos. Menurut laporan, watak-watak lain SpongeBob turut akan muncul. Disebabkan ia adalah rancangan realiti, James Corden dipilih sebagai penerbit eksekutif.

The Patrick Show adalah siri sampingan kedua SpongeBob selepas Kamp Koral yang memfokuskan SpongeBob yang berusia 10 tahun. Kemudian, mereka turut merancang untuk hadir dengan animasio CGI prekuel SpongeBob dan kesemua siri ini akan disiarkan di dalam platform CBS All Access.

Sohor Kini