Paradox Interactive dan Hardsuit Lab telah mengumumkan yang mereka terpaksa tunda permainan Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 sekali lagi dan kali ini ke tahun 2021. Ia sebelum ini sepatutnya dikeluarkan pada suku pertama 2020, sebelum tertunda ke sekitar 2020.
Mereka mengatakan yang untuk memastikan permainan ini mempunyai kualiti yang baik serta dapat melakukan segala yang mereka inginkan adalah sebab utama penundaan ini.
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga diumumkan untuk konsol generasi baharu.