Skip to main content

Dengan pelancaran PUBG musim ke-8 beberapa minggu lepas, hari ini PUBG Corp mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini permainan tersebut dengan pelbagai fungsi baharu dan pernaik-tarafan permainan.

Menurut PUBG Corp, kemaskini 8.2 ini akan tiba pada 19 Ogos 2020 ini di PC dan 27 Ogos di konsol dan Stadia. Bagi mereka yang ingin mencubanya lebih awal, ia akan tiba di pelayan percubaan bermula esok.

Antara kandungan baharu adalah dua senjata yang pemain boleh guna iaitu mesingan MG3 dan juga bom umpan yang mana menariknya ia boleh mengumpan musuh untuk menganggap ia adalah bom sebenar. Seperti biasa, kesemua senjata ini boleh didapatkan di dalam permainan tersebut melalui peta Sanhok.

Selain itu, pemain juga kini boleh mengubah muzik lobi jika pemain inginkan, termasuklah muzik asal waktu ia dilancarkan secara akses awal beberapa tahun lepas.

PUBG Corp juga mengumumkan pelbagai lagi kemaskini lain yang disertakan melalui kemaskini 8.2 ini seperti fungsi untuk menyembunyikan helmet kepala, tekstur senjata baharu dan cabaran baharu. Untuk senarai penuh kemaskini, anda boleh ke laman rasmi PUBG.

PUBG ataupun Player Unknown’s Battlegrounds telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC melalui Steam. Bagi anda yang berminat, ia boleh dibeli dengan harga bermula RM75.

Leave a Reply