Beberapa bulan lepas, Natsume memperlihatkan bentuk permainan Harvest Moon: One World secara rasmi di mana ia merupakan permainan simulasi berkebun seterusnya buat siri Harvest Moon. Menurut Natsume, permainan tersebut akan dilancarkan sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4 dan Switch.
Terkini, dengan kerjasama NIS America, Natsume mengumumkan yang mana mereka turut akan melancarkan edisi terhad buat permainan tersebut yang mana ia menyertakan pelbagai barangan.
Edisi terhad ataupun Collector’s Edition untuk permainan Harvest Moon: One World akan dilancarkan buat kedua-dua konsol PlayStation 4 dan Switch. Melalui edisi tersebut, ia akan menyertakan:
Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya melalui kedai dalam-talian NIS America dengan harga $79.99(~RM336).