Amazon hari ini mengumumkan yang mereka telah melakukan penjenamaan semula untuk perkhidmatan Twitch Prime mereka kepada Prime Gaming untuk menyatakan fokus mereka kepada permainan video dan bukan sekadar Twitch sahaja.
Bagi anda tidak mengetahui Twitch Prime/Prime Gaming, ia adalah perkhidmatan dengan langganan bulanan yang menyertakan pelbagai ganjaran setiap minggu ataupun setiap bulan. Berikut adalah kelebihan yang disertakan di langganan ini;
- Beberapa permainan percuma setiap bulan, perlu ditebus dan dimuat turun menggunakan klien mereka sendiri. Permainan yang ditebus terus menjadi hak milik walaupun langganan tamat. Permainan adalah untuk PC.
- Barangan di dalam permainan untuk pelbagai permainan video seperti League of Legends, Destiny 2, GTA Online dan Red Dead Redemption 2 Online.
- Status ‘Prime’ di Twitch yang memberikan anda lencana serta warna khas. Anda juga dapat langgan satu channel secara percuma setiap bulan.
- Prime Videos, iaitu perkhidmatan penstriman siri TV dan filem seakan Netflix, menawarkan pelbagai siri dan filem eksklusif.
Bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Bagi kami ia sangat berbaloi terutama jika anda sering mengikut penstrimer di Twitch ataupun ingin menonton sebarang siri di Prime Video.
[info]Prime Gaming[/info]