Bagi anda yang ingin bermain sebarang permainan-permainan di konsol Switch ataupun membeli sebarang permainan di kedai dalam-talian, anda mungkin perlu melihat dahulu jadual penyelenggaraan di mana hari ini Nintendo umum mereka akan mengemaskini fungsi tersebut bermula minggu hadapan.

Terdapat beberapa fungsi yang tidak boleh diakses ketika proses penyelenggaraan tersebut berlangsung di mana berikut adalah jadual penuh bagi waktu tempatan bersama mengikut konsol dan perkara yang terkesan:

  • Konsol Switch – Akses permainan digital dan fungsi dalam-talian akan terkesan.
    • Waktu : 20 Ogos, jam 10 pagi sehingga jam 11 pagi.
  • Konsol Switch, 3DS dan Wii U – Akses Nintendo eShop dengan penggunaan kad prabayar kod muat-turun dan segala fungsi dalam-talian mungkin akan terkesan.
    • Waktu : 25 Ogos, jam 5 pagi sehingga jam 9 pagi.
  • Konsol Switch, 3DS dan Wii U – Akses Nintendo eShop dengan penggunaan kad prabayar kod muat-turun dan segala fungsi dalam-talian mungkin akan terkesan.
    • Waktu : 1 September, jam 5 pagi sehingga jam 9 pagi.
  • Konsol Switch, 3DS dan Wii U – Akses Nintendo eShop dengan penggunaan kad prabayar kod muat-turun dan segala fungsi dalam-talian mungkin akan terkesan.
    • Waktu : 15 September, jam 5 pagi sehingga jam 9 pagi.

Jadi bagi anda yang memiliki sebarang konsol Nintendo di atas, pastikan anda tidak bermain sebarang permainan secara dalam-talian ketika proses penyelenggaraan tersebut berlangsung.

Sohor Kini