Berdasarkan kiraan jumlah kiraan pemain yang mendapat trofi “What I Had To Do” iaitu menghabiskan penceritaan utama bagi permainan The Last of Us Part II, lebih 55% telah menghabiskan permainan ini.

Selepas terjual 4 juta dalam masa 3 hari, secara kasarnya sekurang-kurangnya 2 juta pemain telah menghabiskannya. Daripada jumlah tersebut, mesti ada pemain yang ingin bermain sekali lagi tetapi dengan lebih cabaran.

Jika anda salah seorang daripada pemain tersebut, Naughty Dog tampaknya akan menunaikan hajat itu, kerana melalui trofi baharu yang disertakan mereka akan menyertakan tahap kesukaran Grounded iaitu seperti permainan pertama, ia adalah tahap kesukaran yang lebih tinggi.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga akan menyertakan mod permadeath, yang berkemungkinan jika anda mati, anda perlu memulakan permainan tersebut dari awal.

Berdasarkan ayat di trofi iaitu anda bermain menggunakan permadeath untuk mana-mana tetapan, mungkin bermaksud yang mod ini boleh dimainkan bersama dengan mana-mana sahaja tahap kesukaran.

The Last of Us Part II sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini, ataupun melalui video ulasan kami di bawah.

Sohor Kini