Riot Games telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan kad digital mereka iaitu Legends of Runeterra akan dikeluarkan pada 26 Ogos ini iaitu Call of the Mountain di mana ia akan menyertakan satu benua baharu iaitu Targon.
Video acah untuk penambahan tersebut boleh ditonton di bawah, tetapi buat masa ini masih tiada sebarang kad yang diperlihatkan.
Namun mereka ada berkongsi perancangan untuk penambahan ini, di mana mereka akan menyertakan 169 kad baharu termasuk 13 kad Champion. Kad-kad tersebut tidak akan tiba serentak tetapi terbahagi kepada tiga sepanjang tahun ini. Berikut adalah roadmap untuk penambahan ini;

Daripada 13 Champion, Targon akan menerima 6 sebagai benua baharu, dan 1 untuk setiap benua yang lain. Antara Champion yang mungkin akan tiba adalah Aurelion Sol, Diana, Leona, Soraka, Taric dan Zoe.
Legends of Runeterra sudah dikeluarkan untuk PC dan peranti pintar iOS serta Android. Ia boleh didapati secara percuma. Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini ataupun melalui video ulasan di bawah.