CD Projekt Red hari ini berkongsi Night City Wire untuk episod ke-2 di mana mereka telah berkongsi lanjut mengenai Cyberpunk 2077. Penstriman kali ini memfokuskan kepada pilihan permulaan, senjata dan juga belakang tabir mengenai muzik.

Jika anda ingin menonton video penuh untuk Night City Wire, kami sertakan video tersebut di bawah.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, selain dapat membina watak sendiri, pemain juga boleh memilih tiga permulaan iaitu Street Kid, Nomad dan Corpo.

Video mengenai setiap daripada permulaan tersebut boleh ditonton di bawah.

Street Kid – Anda dibesarkan di jalanan bandar Night City dan lebih dekat dengan penjenayah-penjenayah di bandar tersebut. Ini akan memberikan pemain lebih kemahiran mengenai perkara ‘jalanan’.

Nomad – Anda membesar di Outland iaitu kawasan di luar bandar Night City. Walaupun tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Night City tetapi anda mempunyai pelbagai pengetahuan berguna yang lain.

Corpo – Boleh dikatakan permulaan ini adalah lebih “berdisiplin” berbanding permulaan lain, di mana anda merupakan pekerja di sebuah syarikat dan akan mempunyai kenalan yang berguna.

Mengikut pilihan ini, pemain akan mendapat penceritaan permulaan yang berbeza, kemahiran, kawasan serta pilihan dialog yang unik. Ini akan memberikan pengalaman yang berbeza untuk setiap pilihan.

Selain itu, mereka juga memperlihatkan pelbagai pilihan senjata yang boleh digunakan oleh pemain di mana setiap-nya mempunyai kelebihan tersendiri, contohnya Smart Weapon mempunyai peluru yang akan mencari sasaran, Power Weapon yang mempunyai serangan lebih kuat dan juga Tech Weapon yang akan mempunyai pelbagai bantuan teknologi.

Video lanjut mengenainya boleh ditonton di bawah.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dinaik taraf secara percuma kepada PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Sohor Kini