Electronic Arts dan Respawn Entertainment minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan musim ke-6 buat permainan Apex Legends di mana ia akan tiba pada 18 Ogos 2020 ini secara rasmi di semua platform.

Bersempena dengan kandungna musim ke-6, semestinya akan terdapat pelbagai kandungan baharu dan salah satunya adalah watak baharu iaitu Rampart.

Rampart merupakan seorang warganegara British India yang berumur 21 tahun di mana beliau mempunyai senjata besar Turret dan pelbagai kelengkapan besi.

Melalui musim ke-6 ini, EA menamakan musim tersebut adalah Boosted di mana ia akan menyertakan senjata SMG baharu The Volt dan semestinya pas Battle Pass baharu dengan lebih dari 100 ganjaran terdiri daripada kostum, semburan.

Menariknya, Respawn Entertainment juga memperkenalkan sistem “Crafting” baharu yang mana pemain boleh mengumpul barangan untuk membina sesuatu ketika bertempur. Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya akan diumumkan kemudian.

Bagi anda yang masih belum melengkapkan Battle Pass musim ke-5 anda, pastikan anda berbuat demikian menjelang minggu hadapan. Apex Legends boleh dimainkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC secara percuma.

Sohor Kini