Skip to main content

Yoshinori Ono iaitu penerbit eksekutif buat siri Street Fighter di Capcom hampir 30 tahun lalu, hari ini beliau mengumumkan akan meninggalkan syarikat tersebut.

Menurut kenyataan beliau di Twitter rasminya, beliau akan meninggalkan syarikat tersebut dan pada masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan sepanjang beliau di sana. Beliau juga menyatakan yang mana sekarang tiba masa untuk generasi baharu untuk menjaga jenama permainan Street Fighter dan beliau tidak sabar untuk melihat masa depan permainan tersebut sebagai salah seorang pemain.

Yoshinori Ono merupakan pembangun di Capcom dan beliau terlibat dengan pelbagai siri permainan keluaran Capcom dari arked sehinggalah ke konsol rumah. Selain daripada penerbit permainan Street Fighter V, beliau juga terlibat dengan siri lain seperti Onimusha dan Devil May Cry sebagai pereka dan pengurus audio permainan.

Dengan kesempatan ini, kami di Aksiz juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Yoshinori Ono untuk sebarang usahanya akan datang.

Leave a Reply