Awal tahun lepas ketika acara Nintendo Indie Highlights, studio pembangun Headbang Club mengumumkan permainan Double Kick Heroes iaitu permainan rentak muzik dengan elemen menembak.

Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tairkh pelancaran permainan tersebut secara rasmi di mana ia akan tiba di konsol Switch dan PC melalui Steam, GOG dan Humble Store pada 13 Ogos 2020 ini. Selain itu, mereka juga mengumumkan versi konsol Xbox One turut akan tiba pada 28 Ogos 2020 di mana ia juga turut akan disertakan di langganan Xbox Game Pass pada tarikh yang sama.

Double Kick Heroes sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam sebagai permainan akses awal di mana ia adalah permainan yang menggunakan rentak muzik untuk pemain bertempur dan menembak zombi. Dengan pelbagai jenis muzik Rock, permainan ini juga membenarkan pemain untuk mengimport muzik pemain sendiri dan menghasilkan peringkat permainan sendiri.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang minggu ini di platform pilihan anda.

Sohor Kini