Sebelum ini kami berkongsi permainan seterusnya oleh Pathea Games, iaitu Ever Forward dan kini mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya iaitu ia akan tiba pada 13 Ogos 2020 ini di PC melalui Steam.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Ever Forward adalah permainan tekaria pengembaraan yang mana pemain akan bermain seorang gadis bernama Maya yang sesat di dalam dunia pelik antara realiti dan imaginasi. Melaluinya, pemain perlu menyelesaikan sebilangan tekaria untuk membuka memori dan menempuhi ketakutan beliau.
Menurut Pathea Games, permainan ini turut akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan Switch sekitar tahun ini.
Pada masa yang sama, Bin Yang iaitu pengarah permainan tersebutjuga berkongsi satu video khas yang memperliahtkan beliau bermain permainan tersebut dan berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaannya. Anda juga boleh mencuba demo percuma permainan tersebut di Steam.