Bigetron RA Menjuarai PUBG Mobile World League Bahagian Timur

Bigetron RA selaku juara peringkat liga untuk PUBG Mobile World League meneruskan dominasi mereka apabila menjadi juara keseluruhan untuk peringkat akhir bagi kejohanan esukan PUBG Mobile tersebut bagi bahagian Timur.

Secara keseluruhan mereka mendapat 287 mata, dengan mendapat chicken dinner dua pusingan dan mendapat tempat kedua untuk 4 pusingan. Di tempat kedua adalah Orange Rock dari India dengan markah 278 dan diikuti RRQ Athena dari Thailand di tempat ketiga dengan markah 276.

Selepas membawa pulang RM210 ribu selaku juara peringkat liga, Bigetron RA membawa pulang pula $100 ribu (~RM418 ribu) sebagai juara keseluruhan. Orange Rock membawa pulang $50 ribu (~RM209 ribu) dan RRQ Anthena pula $20 ribu (~RM83 ribu).

Manakala dua pasukan Malaysia iaitu Team Secret dan Yoodo Gank masing mengambil dua tempat terakhir iaitu 15 dan 16 dengan markah 150 dan 142.

[sedang dikemaskini]

Sohor Kini