QuakeCon merupakan acara tahunan oleh Bethesda Softworks di mana mereka bukan sahaja mengadakan acara parti Lan bersama peminat malah mengadakan pelbagai pertandingan dan pengumuman.
Namun, atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin teruk di Amerika Syarikat, acara tersebut kini bertukar menjadi acara di rumah di mana Bethesda masih lagi mengadakan pelbagai aktiviti bersama peminat dan pada masa yang sama jualan permainan.

Salah satu daripada aktiviti yang disediakan buat acara QuakeCon At Home semestinya tawaran permainan video yang mana anda boleh dapatkan pelbagai siri permainan keluaran Bethesda Softworks dengan harga tawaran yang sangat murah di Steam. Berikut adalah beberapa senarai permainan yang ditawarkan termasuklah koleksi permainan yang diumumkan ketika acara tersebut:
- Arkane 20th Anniversary Bundle
RM501.99RM119.73 - Quakecon 2020 Bundle
RM750.48RM273.62 - DOOM Franchise Bundle
RM542.99RM272.51 - Fallout 3
RM38.00RM15.20 - Dishonored 2
RM158.00RM47.40
Ketika acara tersebut, semestinya Bethesda Softworks mengumumkan pelbagai pengumuman lanjut buat permainan-permainan mereka di mana salah satunya adalah DLC baharu untuk DOOM Eternal dan juga fungsi untuk membelai anjing buat permainan Ghost Wire: Tokyo.
Pada masa yang sama, Bethesda Softworks juga mengadakan pelbagai aktiviti bersama peminat yang anda boleh sertai seperti penstriman khas, acara amal, pautan khas untuk menyertai Discord, pelbagai barangan yang dijual dan sebagainya. Untuk informasi lanjut berkenaannya anda boleh terus ke laman rasmi QuakeCon At Home.
Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan acara pembukaan QuakeCon At Home, anda boleh ke menontonnya di bawah.