Bethesda Softworks dan id Software hari ini akhirnya mengumumkan DLC seterusnya buat permainan DOOM Eternal di mana pengumuman tersebut di lakukan ketika acara QuakeCon At Home semalam.

Dengan nama The Ancient Gods, DLC tersebut merupakan bahagian pertama untuk keseluruhan DLC yang mana mereka mengacahkannya melalui video acah di bawah. Namun dari segi video acah penuh dan informasi lanjut, ia akan diumumkan kelak ketika acara Gamescom 2020 pada penghujung bulan ini.

DOOM Eternal telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC yang mana kami sebelum ini telah pun mengulasnya di mana anda boleh ke pautan di bawah.

Ulasan Doom Eternal – Raja Permainan Menembak

Sohor Kini