Skip to main content

Setelah melancarkan enam episod siri animasi Pokémon: Twilight Wings sebelum ini, The Pokémon Company akhirnya melancarkan episode ketujuh dan terakhir untuk siri tersebut secara rasmi di Youtube.

Seperti yang kami laporkan, Pokémon: Twilight Wings merupakan siri animasi berdasarkan rantau Galar iaitu rantau rasmi buat permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield.

Melalui episod ketujuh ini, ia akan memfokuskan watak johan rantau Galar iaitu Leon di mana beliau bertarungan di dalam perlawanan Pokémon.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menonton animasi tersebut di atas. Bagi episod-episod sebelum ini, anda boleh ke pautan ini.

Leave a Reply