Setelah beberapa kali laporan berkenaan permainan seterusnya oleh studio pembangunan permainan Rocksteady Studio sebelum ini, mereka akhirnya mengumumkan permainan yang mereka sedang bangunkan sekarang ini iaitu permainan berdasarkan siri Suicide Squad.
Menurut Warner Bros. Interactive, permainan tersebut akan diperlihatkan secara rasmi pada 22 Ogos 2020 ini ketika acara DC Fandome yang diumumkan sebelum ini.
Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan kecuali imej acah di atas yang mana ia kelihatan seakan watak adiwira Superman.
Seperti biasa kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan secarar asmi.