Netflix hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menerbitkan siri dokumentari khas yang berkaitan dengan industri permainan video iaitu High Score.

Dokumentari tersebut akan memperlihatkan disebalik pembangunan permainan-permainan klasik di samping bagaimana industri tersebut berkembang sepanjang zaman ini. Berdasarkan kenyataan Netflix, siri tersbeut akan memaparkan permainan seperti Pac-Man, Doom, siri Final Fantasy, Street Fighter, Sonic The Hedgehog dan sebagainya.

Menurut Netflix, dokumentari ini akan tiba pada 19 Ogos 2020 ini di mana ia akan menyertakan suara latar khas Charles Martinet iaitu pelakon suara latar Mario.

Dokumentari ini diarahkan oleh William Acks, France Costrel dan Sam Lacroix dan bagi anda yang ingin menonton video pembukaan siri tersebut anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini