PQube minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan seram baharu yang diinspirasikan daripada siri klasik Resident Evil dan Silent Hill iaitu Tormented Souls.

Menurut mereka, permainan ini akan dilancarkan sekitar tahun hadapan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai Caroline Walker di mana beliau akan menyiasat kes kehilangan kembar perempuan di Winterlake. Ketika penyiasatan tersebut, pemain akan temui pelbagai perkara yang menyeramkan dan pada masa yang sama perlu meneruskan hidup.

Menariknya, permainan ini mempunyai bentuk kamera perspektif seakan permainan klasik Resident Evil dan Silent Hill di mana peminat siri tersebut pasti akan menyukainya.

Kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Sohor Kini