The New Mutants adalah filem yang ramai peminat X-Men nanti-nantikan. Ia adalah satu filem sampingan yang memfokuskan pasukan baru X-Men yang digelar New Mutants. Filem ini mempunyai elemen seram, yang mana berbeza dengan filem-filem X-Men yang lain. Selepas banyak kali ditunda, filem ini menerima tarikh tayangan – iaitu pada bulan Ogos ini.
Baru-baru ini, Twitter X-Men Movies menciap satu klip pendek yang memfokuskan watak Magik atau nama lain beliau adalah Illyana Rasputin. Dalam komik, beliau adalah adik kepada Colossus (dalam Deadpool) yang mempunyai kuasa teleport dan juga sihir. Klip ini memperlihatkan kehebatan kuasa Magik dan betapa ganas aksi beliau. Dalam filem The New Mutants, watak Magik ini dilakonkan oleh Anya Taylor-Joy, yang mana adalah pelakon bagi filem Glass and Split sebagai Casey Cooke dan juga Gina Gray dalam siri TV Peaky Blinders.