Skip to main content

Knight Rider adalah siri TV klasik vigilante bernama Michael Knight dengan kereta pintar milik beliau bernama KITT (Knight Industries Two Thousand). Ia adalah siri TV dari NBC pada tahun 1982 yang dihasilkan dan diterbit oleh Glen A. Larson. Ia mempunyai empat musim, yang mana tamat pada 1986. Siri TV ini juga mempunyai banyak sekuel melalui siri lain, seperti Code of Vengeance (berlaku di dunia sama, tetapi hambar), Team Knight Rider (sekuel, kini berpasukan) dan Knight Rider 2008 (siri TV olahan semula).

https://www.youtube.com/watch?v=Ja2v3W4a9Lc

Terkini, selepas bertahun lamanya – Knight Rider akan kembali dan diolah semula dalam bentuk filem. Spyglass Media Group, studio milik James Wan Atomic Monster, Michael Clear dan TJ Fixman akan bekerjasama bagi mengahsilkan filem ini. Jalan cerita bagi filem ii masih tidak didedahkan lagi. Tetapi menurut sumber, tema asal filem ini akan dikekalkan. Cuma, filem ini akan lebih bersesuaian dengan dunia moden. Jadi tidak dinafikan, jika penglibatan grafik tinggi dan visual menarik digunakan dalam filem ini.

Leave a Reply