Baru-baru ini, video acah penuh kedua telah dipertontonkan. Musim kedua akan memfokuskan pasukan The Boys bertempur dengan pasukan adiwira jahat Vought. Stormfront adalah watak baru yang muncul yang sama kejamnya dengan Homelander, yang mana tiada masalah membunuh, memecahkan kepala orang, membelah manusia kepada dua bahagian dan banyak lagi. Stormfront dilihat memanipulasi orang awam yang kononnya Vought adalah baik dan penjahat utama adalah pasukan The Boys.

Amazon Prime Video sebentar tadi telah menciap klip pendek dari salah satu adegan dalam episod The Boys musim kedua. Ia memperlihatkan Deep sedang sedih kerana seekor ikan paus yang diberi nama Lucy telah mati, yang mana bahagian badan ikan tersebut terburai. Itu tidak menarik, mengejutkan – Deep akhirnya memohon maaf kepada Starlight mengenai sikap negatif beliau di musim pertama. Starlight dilihat tidak boleh menerima maaf beliau dan pasukan adiwira Vought ini ingin memburu “pengganas” yang membunuh ikan paus tersebut.

Berdasarkan video acah sebelum ini, pasukan The Boys adalah kumpulan yang bertanggungjawab. Kerana mereka telah terlanggar ikan paus ini sehingga mati ketika menaiki bot dan dilihat mungkin melarikan diri dari sesuatu. The Boys musim kedua akan disiarkan di Prime Video pada 4 September ini, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini