Bagi anda yang masih belum memiliki permainan Borderlands 3, minggu Gearbox Software dan 2K Games mengadakan sesi percubaan khas buat permainan tersebut di mana ia boleh dimainkan secara percuma sepanjang minggu ini.

Borderlands 3 merupakan permainan penembak yang sangat terkenal sebagai satu permainan “Looter Shooter” di mana ia dilancarkan tahun lepas di konsol dan PC. Kami sebelum ini telah pun mengulasnya di mana anda boleh membaca ulasan penuh kami di sini.

Menurut Gearbox Software, pemain berupaya untuk mencuba permainan penuh Borderlands 3 edisi penuh bermula hari ini sehingga 10 Ogos ini di PlayStation 4 dan Xbox One. Menariknya bagi versi Steam, anda boleh bermainnya secara percuma sehingga 12 Ogos ini. Bagi pemain PlayStation 4, anda memerlukan langganan PlayStation Plus dan Xbox One anda memerlukan langganan Xbox Live Gold.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh muat-turunnya sekarang di platform pilihan anda di bawah. Bersempena dengan tawaran ini, Gearbox Software juga mengadakan jualan promosi khas sehingga 50% diskaun untuk permainan tersebut jika pemain ingin menyambung bermainnya selepas sesi percubaan tamat.

Muat-Turun PS4: Borderlands 3

Muat-Turun Xbox One: Borderlands 3

Muat-Turun PC(Steam): Borderlands 3

Sohor Kini