Bermula hari ini sehingga 13 Ogos 2020 ini, Epic Games menawarkan dua lagi permainan percuma yang anda boleh tebus melalui Epic Games Store melalui PC.
Dua permainan tersebut adalah 3 Out Of 10 dan Wilmot’s Warehouse. Menariknya, mereka juga berkongsi permainan percuma seterusnya untuk minggu hadapan iaitu Remnant: From The Ashes dan The Alto Collection.
3 Out Of 10 merupakan permainan pengembaraan berepisod di mana ia memfokuskan pemain untuk bermain pembangun-pembangun di satu studio permainan iaitu Shovelworks.
Manakala Wilmot’s Warehouse pula merupakan permainan tekaria yang memerlukan pemain untuk menghantar barangan-barangan mengikut permintaan pelanggan.
Bagi anda yang ingin memuat-turun kedua-dua permainan di atas, anda boleh ke pautan di bawah.
[download]Muat-Turun: Permainan Percuma Epic Games Store [/download]