Godfall merupakan salah satu permainan seterusnya oleh Gearbox Publishing yang diumumkan tahun lepas untuk konsol PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store.

Ketika acara State Of Play hari ini, pembangun permainan tersebut iaitu Counterplay Games memperlihatkan video acah baharu yang mana ia memfokuskan bentuk pertarungan dengan lebih terperinci.

Melalui video acah di atas, pembangun memperlihatkan 5 jenis kelas senjata yang pemain boleh gunakan di mana setiap satunya mempunyai bentuk serangannya tersendiri. 5 senjata tersebut semestinya memfokuskan bentuk pertarungan jarak dekat iaitu Longsword, Dual Blades Polearms, Warhammers dan Greatsword.

Selain itu, pemain juga boleh memesongkan serangan musuh dengan menggunakan perisai di samping membaling perisai tersebut untuk melakukan serangan kombinasi yang lebih berkuasa.

Untuk keseluruhan bentuk permainan Godfall tersebut, anda boleh menontonnya di video di atas, di mana ia dimainkan melalui kit pembangunan konsol PlayStation 5.

Sohor Kini