Salah satu permainan platform yang mendapat perhatian ramai apabila ia dilancarkan di Steam awal tahun ini iaitu The Pedestrian akhirnya diumumkan akan tiba di konsol PlayStation 4.
Ketika acara State Of Play sebentar tadi, Skookum Arts mengumumkan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan sekitar Januari tahun hadapan.
The Pedestrian merupakan satu permainan tekaria yang mana pemain akan menyelesaikan pelbagai jenis cabaran melalui papan tanda jalanan. Menariknya, ia menyertakan rekaan lokasi meluas secara nyata namun mempunyai bentuk permainan tekaria dengan elemen dua dimensi.
Bagi anda yang berminat untuk bermainnya di konsol PlayStation 4, anda boleh dapatkannya tahun hadapan. Namun bagi versi PC, ia sudah pun dilancarkan di Steam dengan demo yang boleh dicuba secara percuma.