Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Dragonest Games sebelum ini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran untuk pelancaran permainan Auto Chess di konsol PlayStation 4 iaitu ia akan tiba pada 31 Oktober 2020 ini.

Pengumuman ini dilakukan ketika acara State Of Play di mana ia merupakan permainan strategi yang memfokuskan pemain untuk meletakkan catur raksasa. Salah satu faktor utama yang membuatkan permainan ini menarik adalah ia mempunyai bentuk bertempur multi-pemain secara 8 pemain serentak.

Auto Chess sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Epic Games Store dan versi permua di peranti Android dan iOS. Ia sebelum ini juga diumumkan akan tiba di Switch, namun tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan.

Leave a Reply