Skip to main content

Setelah memperoleh semula hak pelancaran siri Alan Wake oleh Remedy Entertainment sebelum ini, mereka tampaknya tidak membuang masa dan akan membawa kembali siri tersebut secepat yang mungkin, melalui DLC permainan Control.

DLC seterusnya buat permainan Control merupakan DLC kedua buat permainan tersebut di mana ia dinamakan Control AWE dan ia akan menyertakan watak Alan Wake.

Menurut Remedy Entertainment, AWE adalah bermaksud “Altered World Event” di mana pemain sekali lagi akan mengemabra sebagai Jesse Faden di dalam dunia permainan ini dengan beberapa kandungan baharu seperti senjata baharu Surge.

Selain itu, DLC ini juga akan menyertakan pelbagia lagi kandungan lain dengan mod Horde baharu bersama-sama dengan watak Alan Wake yang kelihatan akan menjadi sebahagian daripada naratif utama DLC ini.

Menurut Remedy Entertainment, DLC ini akan dilancarkan pada 27 Ogos 2020 ini di semua platform ia dilancarkan iaitu konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Sebelum ini, Remedy Entertainment juga umum ia akan tiba di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Leave a Reply