Skip to main content

Focus Home Interactive dan Limestone Games hari ini mengumumkan satu permainan baharu ketika acara State Of Play iaitu Aeon Must Die! di mana ia memfokuskan bentuk pengembaraan pertarungan.

https://www.youtube.com/watch?v=gDAZv9vPfNs&feature=emb_title

Menurut Focus Home Interactive, permainan ini memfokuskan pemain untuk mengembara sebagai seorang pendekar di mana setiap dialog dan serangan pemain akan memberi kesan terhadap penceritaan permainan.

Bukan sahaja ia mempunyai pengakhiran berbeza, malah permainan ini juga membenarkan pemain untuk memburu dan bertempur dengan bentuk pertarungan seakan adiwira seperti yang dipertontonkan di video acah di atas.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan, namun ia disahkan akan tiba sekitar tahun hadapan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Leave a Reply