Skip to main content

Salah satu permainan yang mendapat perhatian ramai ketika acara pengumuman PlayStation 5 bulan lepas, semestinya adalah Bugsnax di mana ia dibangunkan oleh pembangun permainan Octodad iaitu Young Horses.

Terkini ketika acara State Of Play, mereka akhirnya memperlihatkan bentuk permainannya dengan lebih lanjut.

Bugsnax merupakan permainan pengembaraan pandang pertama yang mana pemain akan mengembara di kepulauan Snaktooth yang mana ia didiami oleh makhluk separuh serangga separuh snek.

Sebagai seorang wartawan, pemain perlu memburu dan menangkap pelbagai jenis makhluk Bugsnax dan pada masa yang sama membantu perkampungan di pulau tersebut dengan pelbagai watak yang akan meminta bantuan pemain.

Bugsnax akan dilancarkan sekitar penghujung tahun ini di konsol PlayStation 5, PlayStation 4 dan juga di PC melalui Epic Games Store.

Leave a Reply