Ketika acara State Of Play sebentar tadi, salah satu permainan di bawah inisiatif China Hero Project oleh pembangun Thinking Stars iaitu Anno: Mutationem, akhirnya diumumkan akan tiba secara rasmi di konsol PlayStation 4 dan PC melalui Steam menjelang Disember ini.

Anno: Mutationem merupakan permainan pengembaraan di dalam dunia Cyberpunk yang mana ia menggabungkan elemen dua dimensi dan tiga dimensi bersama dengan bentuk RPG. Pemain akan bermain sebagai Ann, dan akan mengembara dan menyelesaikan misteri dunia permainan ini dengan bentuk penceritaan yang mendalam.

Semestinya visual permainan ini kelihatan sangat menarik dan kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Sohor Kini