Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan Genshin Impact akan dilancarkan sebelum Oktober ini untuk versi PC dan permua. Terkini ketika acara State Of Play, miHoYo mengumumkan yang mana versi konsol PlayStation 4 juga turut akan tiba sekitar suku keempat tahun ini. Bagi versi Switch, ia tidak diumumkan.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, mereka juga memperlihatkan video acah baharu yang mana ia memperlihatkan bentuk permainan dengan pelbagai watak yang pemain boleh mainkan.

Genshin Impact merupakan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka di mana ia dibangunkan oleh pembangun siri permua Honkai Impact. Menurut miHoYo, permainan ini akan dilancarkan secara percuma dan global.

Sohor Kini